Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang
mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu
menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen.
Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan
keluarga saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola sepak .
Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut
ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan
badan, menjadikan saya cergas serta cerdas dan menambahkan kenalan. Pada
waktu lapang seperti pada waktu petang, saya dapat mengisi masa lapang
ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada
terjebak dalam kegiatan yang merugikan seperti melepak dan sebagainya.
Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan
ini menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik
dan melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena
penyakit seperti demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang
masalah kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit yang merbahaya
seperti darah tinggi, kecing manis dan lain-lain lagi.
